Kucing Kepenatan Setelah Mengawan Dengan 5 Ekor Kucing Betina

Menurut cerita daripada world of buzz, seekor kucing baka Russian Blue Di China yang bernama XIAOPI terpaksa dimasukkan air (drip) setelah kepenatan selepas mengawan dengan lima ekor kucing betina hanya dalam satu malam selepas ditinggalkan di dalam sebuah hotel kucing oleh pemiliknya

Xiaopi yang dijumpai telah mengalami keletihan melampau sehingga terpaksa dimasukkan air (drip). Pemiliknya, berkata, dia tidak menyalahkan Xiaopi dalam kejadian yang telah berlaku itu tetapi dia mempersoalkan stafpremis itu yang membiarkan Xiaopi berkeliaran dengan bebas di dalam hotel itu terutamanya setiap malam di mana kucing sangat aktif pada waktu tersebut.

Kucing nya telah berkeliaran bebas di antara jam 10.40 malam hingga 5 pagi, saya melihat kucing saya mengawan dengan lima ekor kucing betina. Dan semua itu saya boleh nampak dalam video kamera litar tertutup (CCTV).

“Malah premis itu tak mahu bertanggungjawab dan meminta saya memberi penjelasan kepada lima pemilik kucing betina yang lain itu. Kucing saya kini keletihan dan terpaksa dimasukkan air(drip), adakah itu salah saya?”

Namun, pemilik hotel kucing itu akhirnya tampil memohon maaf kepada nya dan menawarkan diri untuk membayar kos rawatan kepada kucingnya dan memberi pampasan duit kepada pemilik kucing betina sekiranya kucing mereka hamil.

Be the first to reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *