Sanggup Tak Buka Tudung Kalau Saya Offer RM100 Ribu?

Dua hari yang lepas seorang youtuber bernama isa isarb telah membuat kejutan dengan sebuah video yang dimuat naiknya. Dia mencabar wanita bertudung untuk membuka tudung dan akan memberi mereka RM1000 jika mereka sanggup buka tudung.

Ketika social experiment dijalankan, wanita tersebut tidak tahu bahawa mereka dirakam oleh kamera. Kesemua mereka menolak untuk menanggalkan tudung walaupun dirayu oleh isa berkali kali dan sanggup memberi RM 10k untuk buka sekejap sahaja.

Isa telah membuat tawaran baru, untuk menunjukkan rambut sahaja tapi mereka tetap menolak dan tak akan membuka tudung walaupun diberi tawaran RM 100 ribu. Isa dengan beraninya telah menawarkan check bernilai RM 100 ribu untuk mereka menunjukkan rambut mereka kepada umum tetapi semuanya ditolak oleh wanita tersebut.

Akhinya, isa telah memberitahu mereka bahawa dia sekadar membuat prank. Sungguh menakjubkan, tidak disangka bahawa kaum wanita di Malaysia langsung tak dipaksa memakai tudung, mereka dengan rela hatinya memakai dan tak sanggup menanggalkan tudung mereka walaupun ditawarkan dengan tawaran bernilai cek RM 100 ribu.

Isa pada akhirnya telah memberikan setiap orang itu dan memberikan mereka wang saguhati kerana menolak dan tetap mempertahankan pegangan walaupun diasak dengan duit.  Anda sanggup tak tanggalkan tudung jika diberi wang RM 1000?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *